top of page

PENCEGAH KEHAMILAN - KONTRASEPTIF

Setiap individu mempunyai Hak Reproduktif untuk Memilih sama ada mereka ingin hamil, bila mereka mahu, berapa ramai anak yang mereka ingin miliki dan berapa jauh jarak antara setiap anak. Perancangan kesuburan yang baik memaksimumkan kesihatan dan kesejahteraan wanita, kanak-kanak, keluarga mereka dan komuniti mereka.

Klinik Rakyat PJ menyediakan pelbagai kaedah kontrasepsi/pencegah kehamilan moden (kaedah kontrasepsi moden). Sila buat appointment untuk berbincang dengan doktor & nurse kami mengenai kaedah yang terbaik untuk anda.

Semua kaedah moden amat berkesan, tetapi mempunyai kadar kehamilan yang sangat rendah.

Jika tidak memakai apa-apa kaedah perancang dan kamu bersama pasangan dengan hubungan seksual -> dalam 1000 orang, 300 orang akan hamil dalam setahun.

Pil kontraseptif_edited.jpg

Pil Perancang - Pil Perancang Oral Gabungan

Pil ini mengandungi hormon estrogen & progesteron seperti dalam badan sendiri. Pil ini perlu diambil setiap hari pada waktu yang sama.

Kadar Kegagalan: ~90/1000

Anggaran $$: RM10-50 setiap 1 bulan

DMPA - Kontraseptif suntikan _disunting.

Suntikan Perancang- Perancang Suntikan

Suntikan ini mengandungi hormon progesteron dan perlu diambil setiap 3 bulan. Ia amat senang untuk mereka yang asyik lupa ambil pil setiap hari.

Kadar Kegagalan: ~60/1000

Anggaran $$: RM40 setiap 3 bulan

Imej oleh Gabungan Bekalan Kesihatan Reproduktif

Kondom - Kondom Lelaki

Kondom bukan kaedah begitu berkesan tetapi juga berfungsi mengelak jangkitan kelamin. Ia harus dipakai betul-betul pada awal hubungan seks, bukan di saat akhir.

 

Kadar Kegagalan: ~180/1000

Anggaran $$: RM10-50 setiap 1 bulan

Implan Kontraseptif_disunting.jpg

Implan Subdermal - Implanon

Implan ialah satu batang kecil yang mengandungi hormon progesteron. Ia dimasukkan ke bawah kulit tangan melalui satu prosedur yang pendek. Implanon NXT tahan 3 tahun. Kesuburan kembali serta merta selepas dibuka oleh doktor. Ia kontrasepi yang paling berkesan.

Kadar Kegagalan: ~1/1000

Anggaran $$: RM500 setiap 3 tahun

Imej oleh Gabungan Bekalan Kesihatan Reproduktif

Pil Kecemasan - Kontraseptif Kecemasan

Pil kecemasan bukan satu kaedah pencegahan kehamilan yang berkesan, tetapi pil hormon ini boleh digunakan jika tiada apa-apa kaedah lain dan anda risau.

Pil ini perlu diambil secepat mungkin selepas hubungan seks (<72 jam).

Kadar Kegagalan: ~150/1000

Anggaran $$: RM30 setiap 1 bulan

Imej oleh Gabungan Bekalan Kesihatan Reproduktif

Alat Dalam Rahim - Intrauterine Device IUD

Alat Dalam Rahim atau IUD perlu dimasukkan ke dalam rahim oleh doktor melalui prosedur kecil & senang. IUD tiada hormon dan period datang seperti biasa. IUD ML375 tahan 5 tahun. Kesuburan kembali serta merta selepas IUD dikeluarkan.

Kadar Kegagalan: ~10/1000

Anggaran $$: RM100 setiap 5 tahun

Kesihatan Reproduktif

Perancangan Kesuburan Tidak Kira Apa Peringkat Kehidupan Anda Berada

01

Postnatal Care

Terokai pelbagai pilihan kontrasepsi kami yang disesuaikan dengan keperluan anda, termasuk pil perancang keluarga, IUD, implan dan banyak lagi.

02

Perancangan Bebas Kanak-kanak

Tentukan kaedah terbaik untuk matlamat hidup dan gaya hidup anda melalui perbincangan tanpa menghakimi tentang rangkaian kontrasepsi kami yang sangat berkesan.

03

Terapi Hormon

Atasi menopaus dengan yakin dengan rawatan terapi hormon kami dan sokongan peribadi untuk peralihan yang lebih lancar.

04

Ujian Sulit

Pastikan kesihatan seksual anda dengan perkhidmatan saringan STI kami yang tersembunyi, yang menawarkan ujian sulit dan nasihat pakar.

bottom of page