top of page

ILMU KESIHATAN SEKSUAL & REPRODUKTIF

Bagaima Saya Boleh Mengesahkan Kehamilan & Mencari Bantuan? Apa itu Kontraseptif? Bolehkah saya melindungi diri saya? Apa itu Safe Sex?

Latar Belakang RRAAM

Layarilah Website & Social Media Di Bawah

untuk maklumat mengenai pilihan perlindungan seksual & reproduktif yang terbaik untuk diri anda

www.mychoice.my

My Choice ialah kempen mencegah kehamilan daripada Obstetrical and Gynecological Society of Malaysia (OGSM)

Tiada Sesiapa Yang Boleh Membuat Sebarang Pilihan Kecuali Anda Sendiri. Pilihan Anda Adalah Tanggungjawab Anda. Dapatkan maklumat dalam Bahasa Malaysia, Mandarin dan Inggeris di sini!

Imej WAO.jfif

Pertubuhan Bantuan Wanita (WAO)

Women's Aid Organization (WAO) ialah sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Malaysia yang menyediakan tempat perlindungan, kaunseling, dan sokongan krisis secara percuma kepada wanita serta kanak-kanak yang mengalami penderaan.

Logo FHRAM

PERSATUAN-PERSATUAN KESIHATAN REPRODUKTIF MALAYSIA

Persekutuan Persatuan Kesihatan Reproduktif, Malaysia (FRHAM) dahulunya dikenali sebagai Persekutuan Persatuan Perancangan Keluarga, Malaysia (FFPAM). Ia merupakan sebuah persekutuan yang terdiri daripada 13 Persatuan Ahli Negeri (MA Negeri) yang terdiri daripada Persatuan Perancangan Keluarga Negeri, Persatuan Kesihatan Keluarga, Persatuan Pembangunan Kesihatan Keluarga dan Persatuan Kesihatan Reproduktif. Ia ditubuhkan pada tahun 1958 dengan tujuan untuk mendidik, mempromosikan dan menyokong rakyat Malaysia dalam perancangan keluarga, kesihatan seksual dan reproduktif serta keibubapaan yang bertanggungjawab.

RRAAM - Laman Web, Facebook & Twitter

Logo RRAAM

Reproduktif Rights Advocacy Alliance Malaysia atau Persatuan Hak Kesihatan Wanita berfungsi sebagai g erakan akar umbi di seluruh Malaysia yang turun ke padang bekerja dengan komuniti untuk menyokong wanita dewasa dan muda agar mempunyai otonomi tubuh yang kukuh.

Jaringan aktivis dan doktor RRAAM berusaha membekalkan perkhidmatan mesra wanita dan memastikan mereka mempunyai akses kepada penjagaan yang mampu dimiliki, selain meneruskan advokasi untuk polisi kesihatan yang lebih baik, inklusif dan lengkap dengan mengekalkan garis komunikasi secara langsung dan aktif bersama Kementerian Kesihatan dan Persatuan Perubatan Malaysia.

Ketahui lebih lanjut tentang kepentingan pencegahan kehamilan dan perancangan keluarga.

bottom of page